Monday, December 5, 2011

Hari Keluarga Program Sains Komputer 2011


BIT & BYTE 2011 – Hari Keluarga Program Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) di Nur Lembah Pangsun, Ulu Langat 19 Nov 2011-12-04.

Alhamdulilah program jalinan ukhwah hari Keluaraga *ISA Family* yang telah lama dirancang akhirnya diizinkanNya untuk diadakan pada 19 November di  Nur Lembah Pangsun, Ulu Langat. Hampir  80 orang pelajar Sains Komputer dari tahun 1 sehingga tahun 4 termasuk graduan ISA telah memeriahkan lagi program BIT & BYTE 2011. Acara-acara menarik termasuk Flying Fox, berakit, Hanging Bridge, permainanPaint ball serta sukaneka turut menambahkan keceriaan aktiviti yang dijalankan.

Program ini juga turut dihadiri oleh mantan Ketua Program Sains Komputer , PM Dr Norita Md Norwawi yang telah dilantik sebagai Timbalan Dekan FST dan keluarga serta En Abdul Muhaimin, pensyarah Komputer Forensik.  Hari  Keluarga BIT & BYTE 2011 yang julung kali diadakan insyaAllah akan menjadi acara tahunan program Sains Komputer. Sekalung tahniah kepada pengarah program Syahidatul Hanan, pelajar Tahun 3 beserta ahli jawatan-kuasa pelaksana yang telah menganjurkan program dengan jayanya dan meninggalkan pelbagai memori manis disamping mengukuhkan ikatan silatur rahim sesame *ISA Family*.