Monday, December 5, 2011
Hari Keluarga Program Sains Komputer 2011
Tuesday, November 29, 2011
Monday, November 14, 2011
All da best!
Sunday, October 16, 2011
Advance Java Test 1-DONE!
Sunday, October 9, 2011
We can survive!!
Saturday, July 23, 2011
apadia hack tu weh??
Assalamualaikum, setelah lama Zue menghilang kini kembali,hehe
Kali ni nak bercerita tentang GODAM@HACK yg boleh kata sekarang ni sering disebut2 sampai Kodiang tuh, orang kampong ceq pun tau hack tu apa dia, canggih noo…
Erm, back to the main story, Zue cuba berbahasa Malaysia dgn betul utk menerangkan secara jelas apa itu hack, hacker,hacking dan perkara yang berkaitan
Jika dirujuk pada google, ada byk sumber yg menceritakan tentang definisi mudah hack itu sendiri…
http://www.internetslang.com/HACK.asp - Break into computer systems or software
http://dictionary.cambridge.org/dictionary/british/hack_2 - to get into someone else's computer system without permission in order to find out information or do something illegal
dan banyak lagi definisi mudah yang boleh anda cari sendiri di internet (Internet itu bukan sekadar facebook dan youtiub, manfaat sebaik mungkin ok)
Jadi hack ni ialah suatu perbuatan yg secara tidak sah, memecah masuk ke dalam sesuatu computer atau system dan memanipulasi apa yg boleh di dalamnya…terdapat banyak pencanggahan tentang isu definisi yg anda boleh rujuk di Wikipedia, taipkan saja hacker (term), hacker dilihat sebagai “who focuses on security mechanisms of computer and network systems”. Jadi perbuatan godam dikenali sebagai “crack”. Jadi computer science melihat hack ialah suatu perbuatan yang menyediakan sesuatu dengan lebih cepat daripada biasa, dari pandangan pengaturcaraan, menyediakan kod dengan fungsi2 alternatif, lebih mudah dan kreatif berbanding cara biasa.
Terdapat banyak aktiviti hack yang popular di dunia sekarang seperti OS hacking, web app hacking, jailbreaking dan macam2 lagi. Yang biasa anda lihat mungkin web hacking seperti yang dilakukan oleh kumpulan2 tertentu contohnya Gaysec, Anonymous, Dragonforce, Ahlisyurgacrew dan ramai lagi. Mereka memecah masuk pengkalan data(database) website tersebut menggunakan banyak teknik dengan bertujuan untuk menguji kekuatan pertahanan(firewall), namun bagi profit based hacking, mereka lebih tertumpu kepada mencuri data seperti nombor kad kredit utk dimanipulasi atas kegunaan sendiri, ada juga yg lebih kepada tunjuk simpati seperti HACTIVIST, mereka hack sebagai tanda sokongan kepada pihak2 tertentu. Kemudian, sebagai trademark, mereka akan menukar page utama website itu utk memberitahu bhwa merka dah hack! Namun bg hacker yang cerdik, jejak tidak akan ditinggalkan utk keselamatan, yg buat itu lebih kepada publisiti(kenangan ke anak cucu barangkali).
Bagi hardware hacking macam jailbreaking, lebih kepada utk memudahkan pengguna menggunakan gadget tak restriction seperti peranti I-Phone yg sedang hangat digunakan sekarang. Ada juga yang hack application seperti software tertentu yang berbayar dengan mempercayai ia patut dikongsi secara sejagat, maklumlah harganya bukan murah malah b3rpuluh hingga ratusan dolar amerika(belum boleh guna dinardirham lagi). Software dari adobe, Microsoft, Sony dan kebanyakan antivirus juga dihack supaya boleh digunakan tanpa perlu dibayar.
Ada juga teknik hacking dengan menghantar pautan@link ke computer anda, apabila diklik lantas dibawa ke suatu alamat, dengan tidak sengaja anda telah mendownload suatu file yang sebenarnya malware, keylogger atau backdoor yang bisa mencuri tanpa perlu bersusah payah, bahkan computer anda sendiri akan tolong hacker mencuri maklumat.
Inilah sedikit sebanyak yang boleh dikongsikan bersama, ada persoalan silalah bertanya, mungkin diantara kami boleh menjawab persoalan anda, Insya Allah.
p/s:lama tul Zue tak mengarang kat sini kan =)
credit all picture to mr Google~